Ahlan wasahlan ...........

Sunday, 1 May 2011

cerpen

Aliyah > > " Abang, minta izin untuk nikah sorang >lagi. Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam > seketika. Mungkin terkedu. > Adakah pendengarannya kian kabur lantaran > usianya yang kian beranjak. > > Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam > TV, > sementelah TV juga > dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang > menayangkan iklan Sunsilk, > > mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? > Dia > menghela nafas > panjang. Dia memandang sekali imbas wajah > Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. > > Meletakkan kain yang telah siap dilipat di > tepi, > bangun lantas > menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. > Segelas air sejuk diteguk perlahan. > > Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, > Fatimah. > Rutin hariannya, > mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa > puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan > dengan > suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak > remaja. > Kemudian, dia menjenguk bilik putera > bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. > > Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia > amat > mengenali isterinya. Jodoh yang diatur > keluarga hampir 16tahun yang lepas > menghadiahkan dia sebuah keluarga yang > bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. > Namun, > kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat > jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di > jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. > > "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa > kau > mampu untuk beri > makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman > sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia > berdepan dengan Aliyah. > > "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup > bermadu jika itu yang ditakdirkan. > Bimbinglah > Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu > memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara > lunak Qis. > > Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia > di > rumah. Pagi-pagi, > selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap > untuk > ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia > akan > bersarapan berjemaah bersama isteri dan > anak- > anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran > Bumi > Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. > > "Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. > Tapi, Aliyah nak > berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan > tenang > sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, > Aliyah > bukan seorang yang panas baran. Aliyah > terlalu > sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini > sedang > menggilai wanita yang jauh lebih muda. > > "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama > Aliyah > selama 1 hari saja, > boleh?" pelik benar permintaan isterinya. > Hendak > dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, > tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. > Sebab, > dia yakin isterinya tidak akan melakukan > perkara > yang bukan-bukan. > > Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. > Terlalu > bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita > lain, > alamatnya perang dunia meletus lah > jawabnya. > > Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman > dulu- > dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih > bijak. > Teringat dia kisah seorang tentera > yang disimbah dengan asid, gara-gara > menyuarakan keinginan untuk menambah > cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup > diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan > yang > tidak sempat dilangsungkan. > > Dan dia, hanya dapat senyuman daripada > Aliyah. > > "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri > Abg," > terjegil bulat mata Qis > yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang > minta," > masih lembut dia memujuk Qis. > > "Biar betul, apa dia nak buat dengan > Qis?" "Takutlah Qis, silap > haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf > Mukmin. > > "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu > orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg > faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu > apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia > sering disogokkan dengan pelbagai cerita > isteri > pertama membuli isteri kedua. Heh, ini > Qistina lah. > Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis > hati > kecil Qistina. > > Hari ini genap seminggu Qistina bercuti > seminggu. > Seminggu jugalah > dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi > Qistina, namun tidak berjaya. > > Rakan serumah menyatakan mereka sendiri > tidak > mengetahui ke mana Qistina pergi. > > Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar > Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. > Sedangkan > dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid > Putra. > Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. > Sekian > lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan > aktiviti keagamaan di masjid Putra. > > Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban > malam dia akan bersama > dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah > dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri > majlis > kuliah agama. Membaca AlQuran secara > bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, > lenggok Qistina melalaikannya. Haruman > Qistina > memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- > benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid > yang > sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, > dia > cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang > dulu. > Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. > Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. > Menitis > air matanya. > > Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang > telah > terjadi pada hari > itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya > seperti > biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. > Mulutnya > seolah-olah terkunci untuk bertanya hal > calon > madu Aliyah. > > Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung > inbox > hensetnya. "Qis > minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk > Abg > jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak > Aliyah. Qis > perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk > bersama > Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul > besar. > > ************ ********* ********* ********* > ********* > ********* ********* ** > Kepada: > > Asraf Mukmin, > Suami tersayang... > > > Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul > berwarna > cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu > dibuka > perlahan. > > Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi > Maha Pengasihani, > > Salam sejahtera buat suami yang tercinta, > moga > redhaNya sentiasa > mengiringi jejak langkahmu. > > > Abg yang dikasihi, > > Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah > jalankan pada Qistina. > Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah > seorang calon madu yang begitu cantik.Di > sini > Aliyah kemukakan penilaian Aliyah. > > 1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia > memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak > nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang > mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah > sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg > diheret > ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan > dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu > untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi > Abg nak > menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan > Abg... > > 2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang > pandai dia masak, apatah lagi western food. > Tapi, > Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg > anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak > tahulah > pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah > berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa > kita > sekeluarga singgah di sebuah restoran > western > food, Abg muntahkan semua makanan western > food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya > ikut > selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan > la > pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg... > > 3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. > Kelam kabut dibuatnya. > Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia > akan > menjadi ibu pada > zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah > harapkan dia > mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti > untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. > Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut > memakai > telekung... Aliyah sayangkan Abg... > > > Abg yang disayangi, > > cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau > diungkap > satu persatu, > Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. > Ini > penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat > membuat penilaian yang jauh lebih baik > memandangkan Abg mengenalinya lebih dari > Aliyah mengenalinya. > > > Abg yang dicintai, > > Di dalam sampul ini ada borang keizinan > berpoligami. Telah siap > Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket > penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg > di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg > ini, > ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada > Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah > berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah > sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan > Qistina masih belum cukup hebat untuk > dijadikan > isteri Abg, pergilah cari wanita yang > setanding > denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg. > > Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang > hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu > bilik ni. > Aliyah bawakan sarapan kegemaran > Abg, roti canai..air tangan Aliyah. > > Salam sayang, > Aliyah Najihah binti Mohd Hazery > > Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di > situ > berdiri Aliyah > Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi > kegemarannya. Dia tersenyum! > > Benar, tiada isteri sehebat Aliyah >

No comments:


Custom Glitter Text
Letter S